Peminat tegar Shila Amzah makin menjadi-jadi mahu membela penyanyi kesayangan mereka ini. Tapi mereka tidak sedar tindakan mereka ini bukan sahaja boleh buat imej penyanyi itu sendiri tercalar, malah ada yang seakan sengaja memperbodohkan diri sendiri.
Astro Gempak hari ini melaporkan yang Dato’ Siti Nurhaliza menjadi mangsa terbaru fitnah seorang peminat Shila Amzah di Instagram baru baru ini dan komen peminat itu membuatkan Dato Siti sendiri masuk campur.
Peminat itu mendakwa yang Dato’ Siti Nurhaliza banyak membeli dan memberikan hadiah kepada para wartawan hiburan Malaysia sehingga semua media bersikap baik dengan penyanyi itu dan tidak mempunyai banyak masalah sepanjang bergelar artis. Memanglah nampak macam perkara baik. Tapi, bila Dato Siti menafikannya, perkara yang tidak benar tetaplah tidak benar.

“Aik? Saya pun termasuk dalam cerita ini? tetapi tentang gifts (hadiah) itu memang fitnah semata mata. Tak baik buat fitnah. Lagi dahsyat dari membunuh, adik agama apa?“ jawab Siti Nurhaliza.
Sumber : myartis.my
Sumber : myartis.my
0 Response to "Dato Siti Nurhaliza Jadi Mangsa Fitnah Peminat Shila Amzah"
Catat Ulasan