Kumpulan Nico Lancar Album Baru

Awal era 90-an, trio Nico merupakan salah satu kumpulan rap yang dikenali ramai menerusi lagu popularnya, Apalah Nasibku yang menjadi siulan peminat muzik tanah air.

Kumpulan Nico Lancar Album Baru, info, terkini, hiburan, kumpulan Nico,
Kumpulan Nico bersama Atilia hadir ke pelancaran album terbaru kumpulan NICO.

Selain dianggotai Nico, 42 dan Affa,39, ia turut disertai oleh seorang lagi anggota bernama Mohd. Shah Rosli atau Dino yang kini menginjak ke usia 40 tahun dan angka itu sedikit pun tidak mengekangnya untuk terus aktif sebagai anak seni.

Dalam kunjungannya ke ibu pejabat Kumpulan Utusan baru-baru ini, Dino memberitahu bahawa penglibatannya dalam dunia seni sedari usia remaja banyak mematangkan langkahnya dalam meneruskan perjuangan trio tersebut.

Malah, setelah meningkat dewasa, Dino akui bahawa perjalanan seninya lebih tenang dek pengalaman yang ditimba hampir 20 tahun menceburi lapangan yang dipilih.

Agak lama mendiamkan diri dari bidang seni, Dino memberitahu bahawa di samping masih aktif menyanyi, dia sebenarnya mempunyai perniagaan sendiri dengan sebagai usahawan makanan.

Memiliki syarikat katering sendiri, kata Dino, ia mengajarnya lebih erti hidup kerana dengan memasuki bidang bisnes, lebih banyak dugaan perlu ditempuh kerana persaingan sedia ada.

?Bukan mudah untuk berniaga. Seseorang itu perlu memiliki hati yang cekal, tekad yang tiada hadnya serta iltizam yang tinggi agar ia tidak seperti hangat-hangat tahi ayam.

?Berdasarkan pengalaman saya, ramai kawan-kawan yang berhenti separuh jalan tatkala memutuskan untuk memulakan perniagaan yang diceburi. Setelah beribu-ribu pinjaman kewangan dibuat, akhirnya apabila perniagaan gagal, terpaksa menanggung hutang yang membebankan.

?Itulah situasi yang paling ditakuti apabila mahu bergelar usahawan. Dan itu juga faktor kenapa peratusan kaum Melayu yang diisytiharkan muflis agak ramai bilangannya berbanding bangsa lain. Hanya disebabkan kecekalan yang kurang dan mudah putus asa," katanya kepada Hits.

Pun begitu, menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, perusahaan selama tujuh tahun itu telah berakhir dan kini mula menjalankan bisnes atas talian menjual pelbagai produk semasa.


Artikel Penuh : utusan.com.my

0 Response to "Kumpulan Nico Lancar Album Baru"

Catat Ulasan