Shae menangis kerana Sayang

Shae menangis kerana Sayang, info, terkini, hiburan, artis indonesia, sensasi, Shae
 Shae kini sedang rancak mempromosikan single terbaharunya, Cintaku Tlah Mati Untukmu.


Usai membuat persembahan sempena majlis penghargaan Anugerah 5X Platinum Berkembar Shae Sayang baru-baru ini, penyanyi kelahiran Riau, Indonesia, Shae mengalirkan air mata.

Kata Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20, dia tidak menyangka kejayaan yang diterima menerusi single hit Sayang meletakkan dirinya di posisi terkini begitu juga popularitinya.

“Saya sangat gembira dan tidak menyangka akan mencapai tahap ini. Single Sayang benar-benar menukar hidup saya menjadi seorang yang baharu. Itu sebabnya saya menangis!

“Kalau dahulu saya pernah menyanyi di bar dan kelab malam tapi sekarang berpeluang membuat persembahan di pentas-pentas besar.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah lupa dari mana saya bermula. Kalau diundang untuk membuat persembahan di bar semula, saya tidak peduli, saya akan terima,” ujarnya yang ditemui di pejabat Warner Music Malaysia, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Tidak popular

Shae tidak kisah sekiranya dilabelkan lebih popular dan diterima peminat di Malaysia berbanding negara asalnya, Indonesia.

Malah, kata Shae dia tidak tertekan kerana rezekinya untuk menyinar di Indonesia belum tiba.


Shae menangis kerana Sayang, info, terkini, hiburan, artis indonesia, sensasi, Shae


“Saya tidak kisah kalau jadi popular atau tidak, asalkan saya gembira. Saya menjadi penyanyi kerana mahu membahagiakan pendengar dan menghargai hidup masing-masing.

“Justeru apabila kali pertama diberitahu lagu saya sudah berjaya menembusi pasaran muzik Malaysia pun saya rasa ia seperti mimpi. Mana mungkin penyanyi dari Indonesia berjaya menawan hati peminat di Malaysia, tambah pula saya masih baharu.

“Ya, benar saya tidak popular di negara sendiri, tapi saya percaya rezeki Tuhan dan jalan yang Dia berikan sudah tertulis sebegitu,” tambah Shae yang pernah muncul menerusi single Kok Telfon-Telfon Sih pada tahun 2012.

Single Sayang yang dipetik daripada album sulung Shae, The First mula mencuri tumpuan sekitar November 2012 hingga menimbulkan minat khalayak merakamkan pelbagai video parodi.

Lagu Sayang hasil ciptaan Posan Tobing itu juga sekali gus telah berjaya meraih penjualan ring back tone digital melebihi 1,000,000 unit dan menerusi pencapaian itu Warner Music Malaysia telah memberikan Anugerah 5X Platinum Berkembar kepada Shae.

“Kejayaan lagu Sayang sebenarnya saya ukur melalui pengamatan saya di kaki lima. Apabila saya berjalan di kaki lima dan melihat adanya pengamen (penyanyi jalanan) menyanyikan lagu Sayang, itu maknanya lagu itu berjaya sampai ke hati khalayak.

“Ada juga yang bertanyakan adakah lagu itu sekadar menjadi one hit wonder (popular satu musim)? Saya serahkan pada syarikat rakaman saya untuk tujuan promosi dan strategi pemasaran kerana mereka lebih arif soal itu.

“Saya harus pandai mencari keseimbangan dalam karier saya dan mencari jiwa serta kemahuan sebenar. Langkah saya perlu disusun satu persatu kerana saya masih muda dan risau tersilap percaturan nanti,” jelasnya.

Selepas Sayang, Shae kini mempromosikan single berikutnya yang dipetik daripada album sama berjudul Cintaku Tlah Mati Untukmu dan Tetaplah Tersenyum yang sudah pun mengumpulkan khalayak pendengar sendiri di Indonesia.


Artikel Penuh : kosmo.com.my

0 Response to "Shae menangis kerana Sayang"

Catat Ulasan