Jodoh adalah perkara yang sudah
ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang
ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat
hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan
fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan
cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan,
dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang
diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda
yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap
bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara
percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak
dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya,
sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh
kita.
2. Senang
Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya,
tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.
Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia
menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.
3. Terima Kita
Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah
kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas
kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa
kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita
pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup
kita.
4. Sentiasa
Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita
lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan
menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat
mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di
hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar
baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin
hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik
pilihan.
5. Percaya
Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia
tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban
yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih,
adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh
kedua-duanya.
6. Senang
Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan
cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu
saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini
dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama,
sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban
tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri
Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia
mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa
kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia
menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia
selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang
surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan
pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia
sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang
dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan
Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di
dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada
segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan
rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak
segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur
ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada
melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala,
manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami
perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu
perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama
lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila
kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan
Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di
tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya
ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon,
diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan
kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua
yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah,
nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal
selamanya.
Sumber: iluvislam.com
0 Response to "10 Petanda Dia Jodoh Saya : "Aku Terima Nikahnya""
Catat Ulasan