Adira 'Sakit' Dengan Gosip

Penyanyi lagu ‘Ombak Rindu’, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, mengakui dirinya tidak membaca gosip-gosip dunia hiburan kerana gosip boleh membuatkan dia ‘sakit’.

Adira 'Sakit' Dengan Gosip, info, terkini, hiburan, Adira, gosip,


“Saya tak baca gosip. Buat apa nak baca gosip? Gosip boleh buat saya sakit. Kadangkala gosip juga boleh buat saya gembira. Jadi ada baiknya jika saya tak baca gosip. Kalau ada orang sampaikan kepada saya, sampaikanlah, tidak mengapa, tetapi saya enggan membaca gosip di akhbar atau portal,” luah Adira memulakan bicara.

Menjalinkan hubungan cinta dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perdana Ummah, Shahrul Nasrun Dato' Haji Kamarudin, penyanyi lagu ‘Ku Ada Kamu’ ini mengakui dia masih belum meletakkan sasaran untuk berkahwin dengan kekasihnya itu.

“Bercakap mengenai kahwin, tiada perbincangan ke arah itu. Semuanya masih kabur lagi. Saya sendiri tidak meletakkan apa-apa sasaran. Sejujurnya, apabila disoal mengenai perihal jodoh, saya sendiri tak tahu nak respon macam mana. Bagi saya, jika ada jodoh, adalah nanti,” ujarnya kepada GUA.

Mengambil keputusan untuk berhijab pada Ogos lalu, Adira juga menafikan dia membuat keputusan untuk berhijrah kerana dipengaruhi oleh kekasihnya dan Adira juga menegaskan yang dia bukannya berhijab kerana mahu berkahwin.

“Saya pakai tudung bukan sebab saya mahu berkahwin. Tiada siapa pun yang mempengaruhi saya untuk melakukan perubahan terhadap imej saya. Ini semua datang sendiri dan atas kemahuan diri saya sendiri sebagai seorang individu,” katanya yang ditemui di majlis pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik 21 (AIM 21) di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tercalon dalam dua kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Kulit Album Terbaik menerusi album sulungnya yang berjudul ‘Dewi Cinta’, gadis putih melepak ini bersyukur dicalonkan dalam AIM 21.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tercalon dalam AIM 21. Lama saya menantikan album sulung saya dipasarkan dan penantian tersebut sangat lama. Apa pun, saya redha sahaja dengan apa juga keputusan nanti. Tipulah jika saya katakan saya tidak mahu menang, tetapi itu semua adalah ketentuan rezeki,” ulasnya lagi.


Sumber : gua.com.my

0 Response to "Adira 'Sakit' Dengan Gosip"

Catat Ulasan