Mana Mau Lari Dapat Tajaan 4 Biji Harley Davidson

Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang projek filem arahan oleh Dato’ Prof. A Razak Hj. Mohaideen, kini kerjasama diantara pengarah ini dan Tayangan Unggul Sdn Bhd bakal menerbitkan filem terbaru, Mana Mau Lari (MML) pada penghujung 27 November ini.


Mana Mau Lari Dapat Tajaan 4 Biji Harley Davidson, info, terkini, hiburan, MML, Filem Mana Mau Lari,



Mana Mau Lari merupakan  sebuah filem bergenre ‘road movie’ iaitu aspek yang  menyatukan tiga elemen iaitu “komedi’, “seram” dan “fantasi” menjadikan ia sebuah penceritaan 3 dalam 1 yang pastinya padat dan menarik.

Filem dengan kos pembikinan RM1.5juta ini merupakan filem ke-34 arahannya yang dihasilkannya selepas dua tahun berehat dari kerusi pengarah bagi memberi tumpuan pada pengajian peringkat Doktor Falsafah.

Karya terbaru Dato’ Prof. A Razak Hj. Mohaideen ini bakal menggunakan khidmat novelis terkenal tempatan, Ahadiat Akashah yang bertanggungjawab mempopularkan Lagenda Budak Setan. Ini merupaka percubaan Razak memperkenalkan genre “Road Movie” yang masih baru di pasaran filem tempatan

“Saya mengarahkan sesebuah filem, saya sentiasa memastikan setiap karya yang terhasil mempunyai kelainan selain menampilkan genre yang berbeza-beza.

“Pembaharuan yang dibawakan menerusi filem MML misalnya, sedikit berbeza daripada filem-filem arahan saya terdahulu apabila filem ini memilih genre ‘Road Movie’ yang menceritakan penggembaran penggemar-penggemar motor berkuasa tinggi.

“Memastikan penonton tidak canggung menonton filem dengan genre yang masih sangat baru dipasaran, saya suntik elemen komedi, seram dan fantasi agar penonton terhibur menyaksikannya.

“Sememangnya menjadi cara saya membuat kajian terlebih dulu apa genre apakah yang disukai peminat. Ternyata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penonton lebih cenderung pada genre komedi, seram termasuk fantasi. Dimana kesemua genre ini pernah menjadi tunjang pada filem-filem arahan saya sebelumnya.

“Justeru pembaharuan dilakukan di dalam filem MML, selain memperkenalkan genre baru ‘Road Movie’, ia turut menerapkan tiga elemen yang digemari penonton sebagaimana disebutkan tadi,” katanya kali terakhir muncul dengan filem Ngorat yang dibintangi Aaron Aziz, Erra Fazira dan Iedil Putra.

Satu pencapaian yang membanggakan, apabila filem MML ini berjaya mendapatkan penajaan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi  oleh Harley Davidson (Malaysia). Usaha mendapatkan 4 buah jentera Harley Davidson ini amatlah sukar buat permulaan kerana harga motorsikal berkenaan sangatlah tinggi.

MML sebuah filem ‘road movie’ komedi mengenai Harley Rider atau penunggang Harley Davidson. Barisan pelakon yang menjadi nadi kepada filem adalah Tauke Raja Lawak  sebagai Abang Pen, Syuk Balas  (Kapten), Yassin (King) dan wajah baru, Aliff Yasraff (Kyo) yang juga pelajar filem dibawah fakulti kendalian Datuk Prof A Razak.

Manakala bintang ternama yang lain adalah  Saiful Apek (TJ), Delimawati (Hantu Kak Limah), Dira Abu Zahar (Gadis Jelita), Sathiya   (Mekanik), Abu Bakar Omar (Pak Lebai), Tania Hudson (Awek Housekeeping), Farah Nabila (Penyambut Tetamu), Ruminah Sidek (Makcik Sata),Ropie Cecupak (Penjaga Pam Minyak), Ezzaty Abdullah (Mangsa Rogol) dan Zahrin (Pembantu Mekanik).

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Mana Mau Lari Dapat Tajaan 4 Biji Harley Davidson"

Catat Ulasan