
Moscow - Seorang Ahli
Sejarawan menggali 150 kubur untuk mengambil mayat supaya dia boleh memakaikan
mayat-mayat tersebut dengan pelbagai fesyen untuk pesta ulang
tahun.
Warga Rusia itu, Anatoly Moskvin
mengeluarkan lebih kurang 29 mayat kanak-kanak perempuan yang berusia antara 3
hingga 12 untuk memenuhi fantasi pelik beliau.
Dia kemudiannya membawa mayat
itu pulang untuk dikumpul dalam koleksi mumia yang mengerikan. Mayat tersebut
yang ada daripadanya hanya tinggal rangka dipakaikan dengan stoking dan pakaian,
dan ada daripadanya yang dihiaskan seperti sebuah boneka.
Anatoly Moskvin yang boleh
bercakap dalam 13 bahasa dan digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai 'genius',
juga turut memberikan nama-nama setiap daripada mayat yang 'menghadiri' majlis
hari jadi yang dianjurkan untuk mereka.
Sebuah video yang dirakamkan
oleh Moskvin yang ditemui oleh penyiasat di apartmennya menunjukkan koridor
rumahnya penuh dengan pakaian gaun pengantin pelbagai fesyen serta pakaian yang
berwarna-warni.
Di dalam sebuah bilik pula,
dapat dilihat wajah mayat kanak-kanak perempuan, dibalut dengan kain kuning air
cerah dan dapat didengar pada rakaman video tersebut menyatakan Patung ini
diperbuat daripada mayat manusia."
Polis berkata, Anatoly juga
mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak
perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung
daripada mayat manusia.
Obsesinya yang mengerunkan itu
terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari
bercuti.
Lelaki berusia 46 tahun dari
bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul
cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan
jenayahnya.
Jurucakap Pihak Pendakwaan
berkata: "Setelah tiga tahun pemantauan terhadapnya di klinik psikiatri, Moskvin
masih belum boleh dibicarakan kerana masalah mental. Dia akan diletakkan disini
untuk rawatan psikiatri."
Sumber: suara.tv
0 Response to "Ahli Sejarawan Anjur Pesta Untuk 29 Mayat Kanak-Kanak.."
Catat Ulasan