Jepun – Jepun mungkin
musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan
semua 127 juta penduduknya terbunuh.
Pakar yang menganalisis corak
letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk
meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari
muka bumi ini.
Saintis di Universiti Kobe
meramalkan demikian selepas membuat kajian di kawah gunung berapi di Pulau
Kyushu yang meletup tujuh kali sepanjang 120,000 tahun lalu.
Mereka meramalkan satu lagi
letupan di pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan
lahar, sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau
lain.
Awan toksik itu akan menjadikan
pulau sekitar tidak boleh didiami sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk
di sekitar bandar besar akan menjadi sia-sia.
Professor Yoshiyuki Tatsumi dan
Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun
lagi adalah sekitar satu peratus.
Bagaimanapun, mereka berkata,
anggaran itu tidak boleh dipandang ringan.
Menurut mereka, kajian kemungkinan
gempa bumi melanda Kobe dalam masa 30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum
gegaran 7.2 magnitud itu memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995,
meragut 6,400 nyawa.
“Kerana itu, tidak mengejutkan
jika letupan kuat berlaku di Pulau Kyusu akan berlaku bila-bila masa,” menurut
profesor berkenaan.
Hasil kajian itu diumumkan
beberapa minggu selepas Gunung Ontake di tengah Jepun meletup bulan lalu,
mengorbankan 61 orang.-Agensi
Sumber:
siakapkeli.com
0 Response to "Saintis Universiti Kobe Ramal Jepun Akan Lenyap 100 Tahun Lagi Akibat Gunung Berapi.."
Catat Ulasan