Allahyarham Ibrahim Pendek atau
nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932
adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga
istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu
berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba
Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.
Sewaktu berlakon dalam filem Ali
baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan
lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem
tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat
tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem
keluaran Hollywood itu.
Bermula detik indah itulah
beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah
pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock
Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun
1962.
Selepas mencatat sejarah
berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak
Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau
tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah
pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.
0 Response to "Allahyarham Ibrahim Pendek: Kisah Anak Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood.."
Catat Ulasan