Bayi Meninggal Dunia Kerana Diabaikan


KUALA LUMPUR – Bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia minggu lalu dipercayai terabai ekoran kekurangan asuhan.

Taska Permata Bonda yang terletak di Presint 11, Putrajaya mendapat kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan siasatan.

Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerangkan bahawa pusat jagaan terbabit hanya mempunyai empat pengasuh yang perlu menjaga 39 orang kanak-kanak pada hari Nur Imna Khalisa Muhamad Zamri meninggal dunia pada 30 September.

“Sepatutnya dengan bilangan kanak-kanak seramai 39 orang, pihak pengusaha perlu menyediakan sembilan orang pengasuh yang bertauliah bagi memastikan kesemua bayi dan kanak-kanak di bawah jagaan mereka berada dalam keadaan baik,” tegas Rohani.

Namun, pengusaha gagal mematuhi nisbah pengasuh yang sepatutnya. Manakala, seperkara lagi yang lebih mengecewakan apabila empat orang pengasuh tersebut belum menghadiri dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Permata.

Kredit gambar: yahoonews

0 Response to "Bayi Meninggal Dunia Kerana Diabaikan"

Catat Ulasan