7 Kenderaan Terbabit Kemalangan Hanya Kerana Lembu


KOTA BHARU - Gara-gara mahu mengelak lembu yang melintas jalan, tujuh kenderaan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 53.9 Jalan Machang-Kuala Krai, semalam.

Kejadian yang berlaku jam 6.55 pagi itu membabitkan 15 mangsa dengan tiga daripadanya cedera termasuk seorang parah dan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).

Pemangku Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Kamal Azural Mohamed berkata, mangsa yang cedera adalah Tengku Hanani Tan Ibrahim, 25, yang mengandung enam bulan dan Mukhsin Maliki, 25.

Turut cedera adalah seorang doktor perubatan iaitu Dr Hafizuddin Awang berusia 27 tahun yang parah dan kini masih dalam pemantauan rapi di HKK.

Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada kenderaan Nissan Grand Livina dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu cuba mengelak lembu sebelum dilanggar Toyota Vios yang dipandu Dr Hafizuddin dari arah belakang.

0 Response to "7 Kenderaan Terbabit Kemalangan Hanya Kerana Lembu"

Catat Ulasan