SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tidak pernah meluluskan penganjuran festival arak 'Oktoberfest' di negeri Selangor, kata anggota exco kerajaan negeri, Zaidy Abdul Talib.
Menurut Zaidy, penganjuran festival itu menunjukkan pengajaran yang kurang dalam memahami sensitiviti masyarakat beragama Islam.
"Tiada apa sebarang kelulusan diberikan dengan kelancaran program ini, ia boleh digambarkan sebagai mencetus keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Anggota exco bagi Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri, pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dengan festival ini.
Sinar Harian meloparkan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar amat kecewa untuk melihat papan iklan festival itu dipasang di sekitar Shah Alam.
Festival arak itu telah bermula sejak 24 September lepas, disambut di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel.
Kredit Foto: Soshiok
0 Response to "Selangor: Festival "Oktoberfest" Tak Pernah Diluluskan"
Catat Ulasan