Chong Wei Didakwa Terbabit Kes Atlet Gagal Ujian Dadah

Datuk Lee Chong Wei didakwa terbabit dalam kes "atlet utama negara" yang gagal ujian doping yang dikendalikan oleh satu penganjur kejohanan utama baru-baru ini.


Chong Wei Didakwa Terbabit Kes Atlet Gagal Ujian Dadah, info,. terkini, sukan, badminton, Lee Chong Wei, sensasi, kontroversi


Pada Selasa, dilaporkan bahawa seorang atlet gagal ujian dadah, tetapi namanya tidak didedahkan sehingga pemeriksaan lanjut yang mengesahkan bahawa atlet itu positif dadah.

Atlet tersebut merupakan antara yang dipilih secara rawak untuk melakukan ujian doping.

Atlet itu diberitahu mengenai kegagalannya dalam ujian doping pada 1 Oktober lalu, dan meminta supaya sampel "B" diuji 16 hari kemudiannya, sehari sebelum tarikh tutup untuk permintaan untuk melakukan ujian berkenaan.

Atlet berkenaan dikatakan pergi ke luar negara untuk melihat ujian sampel B.

Bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai bilakah keputusan ujian terhadap sampel B akan dikeluarkan.



Sumber : mstar.com.my

0 Response to "Chong Wei Didakwa Terbabit Kes Atlet Gagal Ujian Dadah"

Catat Ulasan