Nad Zainal Dilabel Sebagai ‘Playgirl’

Kasihan pula kami lihat Nad Zainal yang telah digelar playgirl kerana percintaannya yang tidak menjadi dengan Azwan Kombos dan Hefny Zahad. Ikutkan, Nad Zainal bukanlah ‘playgirl’ sebab agak lama juga dia bertahan dalam percintaan dengan Azwan Kombos. Cuma dengan Hefny je yang sekejap sangat bercinta.


Nad Zainal Dilabel Sebagai ‘Playgirl’, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nad zainal,



Komen Nad Zainal tentang perkara ini :

Ia tuduhan yang tidak berasas. Jika betul saya playgirl, saya tidak akan bercinta sehingga empat tahun lamanya (bersama Azwan). Kalau setiap dua minggu saya bertukar pasangan, baru boleh tuduh saya playgirl.


Nad Zainal Dilabel Sebagai ‘Playgirl’, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nad zainal,



Saya tak perlu bercerita kepada satu dunia, orang tetap tidak faham juga. Terlalu banyak ‘nasi tambah’ sehingga saya sendiri tak larat nak jelaskan. Jadi, ada baiknya saya simpan sendiri.

Saya tidak pernah ralat ataupun bosan untuk bercinta kerana setiap yang berlaku itu bersebab. Dalam dunia ini, kita boleh bertemu sesiapa saja sepanjang kehidupan, jadi saya perlu bersikap profesional.

Nad Zainal Dilabel Sebagai ‘Playgirl’, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nad zainal,


Buat masa ini, saya memberi fokus 100 peratus terhadap kerjaya. Saya masih muda dan keluarga juga sentiasa mendoakan yang terbaik. Saya percaya, cinta itu akan datang sendiri satu hari nanti tanpa perlu dipaksa.

Kan? Kami percaya, suatu hari nanti pasti akan ada jejaka yang akan membuka hati Nad Zainal untuk kembali bercinta. Buat masa sekarang, baiklah fokus pada kerjaya. Cinta akan datang sendiri bila tiba masa, tidak perlu dicari.

Sumber : myartis.my

0 Response to "Nad Zainal Dilabel Sebagai ‘Playgirl’"

Catat Ulasan