KUALA LUMPUR 10 JULAI 2012, Yusri KRU bersama isterinya, Lisa Surihani bergambar dengan Brainy Smurf dan Smurfette pada sidang akhbar berkenaan HBO Asia mempersembahkan The Smurfs dalam Bahasa Malaysia di Hotel Hiton Kuala Lumpur di sini, hari ini. Gambar ASWAD YAHYA Pemberita YATI_HUDA_ ROSLI Kosmo_Mangga_Harmoni
Jadi hairan juga bagaimana boleh timbul dakwaan yang mengatakan kononnya hubungan pasangan Lisa Surihani dan suami, Yusry Abdul Halim kini dingin dan bermasalah.
Mengajukan pertanyaan itu kepada Lisa Surihani, aktres tersebut nyata tidak terkejut malah menegaskan tidak kuasa melayan cerita-cerita mengarut mengenai perkahwinannya itu.
“Saya ada sebab kenapa saya tidak perlu melayan pertanyaan-pertanyaan begini. Apa perlunya saya jawab dan layan perkara yang diada-adakan? Cukuplah saya katakan hubungan saya dan Yusry tiada masalah. Kami okey sahaja,” katanya di hujung talian.
Tenang berdepan dengan isu ini, Lisa Surihani juga bijak mengendalikan situasi apabila mengakui tidak mahu mengambil pusing perihal perkara yang tidak masuk akal seperti itu sebaliknya lebih senang menumpukan perhatian kepada kebahagiaan dan kejayaan rumahtangga, keluarga dan kerjayanya.
Baru sahaja selesai pementasan Teater Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Lisa berkongsi cerita yang suaminya meski dalam kesibukan tetap datang menjenguk dan memberi sokongan kepadanya.

“Sepanjang saya terlibat dalam pementasan itu, empat kali Yusry datang menonton persembahan saya. Ada antara tempoh itu, dia datang bersama-sama keluarga dan anak-anak buah saya. Dia memang tak pernah lelah memberi sokongan kepada saya.
“Untuk persembahan tempoh hari, saya memang dedikasikan untuk dia dan arwah ayah yang sangat meminati Allahyarham P.Ramlee.
“Masa di IB, saya akui agak gementar bila buat persembahan di depan Yusry. Bukan apa, untuk teater itu, saya bukan sahaja berlakon tetapi juga menari dan menyanyi. Dia suami saya dan dia juga seorang yang profesional dan memiliki kepakaran dalam bidang seni tanah air. Itu yang menyebabkan saya lebih gementar.
“Tetapi setiap kali dia datang menonton, dialah yang terawal memberi komen dan memuji lakonan saya. Dia datang ke bilik persalinan dan beri tepukan kepada saya.
“Sebenarnya dia pun tak sangka saya boleh bawa watak itu. Sebab dia tahu bukan senang untuk memujuk hati saya ini untuk menari, apalagi menyanyi,” kata Lisa Surihani.
Melahirkan rasa bersyukur kerana Yusry sentiasa ada di sampingnya, Lisa juga berterima kasih kerana Yusry secara tak langsung menjadi ‘tuan penasihat’ dalam bab kawalan ton suara ketika menyanyi untuk menjayakan pementasan teater muzikal tersebut tempoh hari.
“Selain pengarah, Pat Ibrahim, Yusry juga banyak beri tunjuk ajar dan nasihat cara mengawal suara ketika menyanyi bagi watak Junaidah itu. Saya juga bersyukur kerana semua yang hadir menonton rata-ratanya faham yang saya bukanlah seorang penyanyi, jadi jangkaan mereka juga tidak tinggi untuk perkara itu.
“Cara saya menyanyi memang disesuaikan untuk berdialog dalam melodi. Jadi saya tak perlu untuk muncul menjadikan lagu itu sebuah lagu pop umpamanya. Itu yang diajar oleh Pat dan Yusry sebab kita nak sesuaikan dengan elemen muzikal dalam teater tersebut.
“Alhamdulillah, ramai yang suka dan saya bersyukur kerana diberi pujian untuk watak Junaidah itu,” ujarnya.
Masih emosi
Dalam pada itu kata Lisa, meski sudah hampir seminggu pementasan tersebut berakhir, dia masih emosi dan kadangkala menangis kerana rindukan suasana kerja dan keseluruhan pasukan yang menjadi tulang belakang pementasan berprestij itu.
Bukan mahu mengada-adakan cerita tetapi hakikatnya, itulah yang dirasakan oleh Lisa lantaran menganggap kesemuanya seperti sebuah keluarga.
“Saya memang rindu dengan semua. Bukan saya seorang saja tau. Hampir semua orang rasa benda yang sama. Kami sedih sebab pementasan sudah tamat namun pada masa yang sama tetap berbangga dengan kejayaan masing-masing sepanjang berlangsung tempoh hari,”katanya.
Meski seronok terlibat dalam pementasan muzikal seperti itu, dia bagaimanapun bimbang andai terbuai dengan pujian ramai.
Mengakui tidak putus-putus menerima ucapan tahniah dan pujian sehingga hari ini, Lisa bimbang khalayak meletakkan jangkaan yang tinggi kepadanya selepas ini.
“Sebenarnya saya sendiri turut meletakkan jangkaan yang tinggi kepada diri sendiri. Bolehkah saya bawa sesuatu watak dengan lebih baik selepas ini? Itu yang sering bermain di fikiran saya.
“Saya adalah seorang individu yang sering meletakkan diri saya sebagai pelajar. Saya mahu belajar dan cuba sesuatu yang baru. Satu sebabnya, saya tak mahu buat sesuatu perkara itu main-main dan separuh jalan.
“Jadi saya perlu sentiasa pastikan diri saya boleh buat yang lebih baik selepas ini,” katanya yang akan terlibat dalam rangka promosi filem Dendam Orang Mati yang ditayangkan tidak lama lagi.
Melayangkan pertanyaan sama ada dia mahu lagi terlibat dalam pementasan teater muzikal selepas ini, Lisa dalam nada teruja pantas menyatakan hasratnya untuk kembali ke pentas teater muzikal.
“Kalau ada lagi tawaran untuk saya selepas ini, saya memang nak sangat-sangat! Lebih-lebih lagi untuk terlibat dalam sebuah pementasan di bawah Enfiniti Production. Tiada sebab untuk saya katakan tak nak!
“Pengalaman dan perkongsian masa bersama-sama mereka sepanjang pementasan P. Ramlee tempoh hari adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya. Satu kenangan terindah buat saya sepanjang berada dalam karier ini,” katanya lagi.
Sumber : utusan.com.my

0 Response to "Hubungan Lisa dan Yusry Didakwa Bermasalah Lagi?"
Catat Ulasan