Punca Sebenar Pekin Ibrahim Tolak Dua Tawaran Filem

Diam-diam ubi berisi adalah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan personaliti yang ada pada pelakon berkarisma, Pekin Ibrahim. Bakat dan kehebatannya di pentas lakonan tidak perlu dijelaskan lagi apabila menyoroti kembali kejayaan hasil kerja anak kelahiran negeri Kelantan ini.


Punca Pekin Ibrahim Tolak Dua Tawaran Filem, info, terkini, hiburan, pelakon, pekin ibrahim, gosip,


Selain bakat lakonannya yang diakui hebat, sikap professional yang menjadi identiti Pekin memberikan dia markah yang lebih di kalangan produser filem yang ingin mengambilnya berlakon. Bercerita mengenai projek terbarunya Seludup, ia merupakan drama berepisod pertama lakonannya.

“Ketika Jehan menawarkan watak ini kepada saya, saya memang tolak. Saya tahu bahawa penggambaran drama episod mengambil masa yang lama.

“Tetapi setelah saya membaca skrip yang diberikan, saya terus bersetuju. Ditambah pula apabila saya ketahui bahawa Namron, Tiz Zaqyah, Syafie Naswip dan Raja Ilya akan turut membintangi drama ini,”jelas Pekin mengenai penglibatannya yang pertama dalam drama berepisod.

Untuk Seludup yang juga drama bahasa Melayu pertama arahan Jehan Miskin, Pekin memegang watak ‘Amran’, seorang nelayan yang secara tidak sengaja telah terjerumus ke dalam kancah jenayah seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan bermacam lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai watak Amran, Pekin telah cuba mengenali karektor yang dibawanya itu . Mengakui bahawa watak Amran agak menarik kerana terdapat dua sisi berbeza pada watak tersebut Pekin telah cuba untuk menterjemahkan ia melalui lakonannya dalam Seludup.

“Amran adalah watak yang agak kasar namun berhati mulia. Saya perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan ‘mannerism’ Amran iaitu seorang nelayan yang berjaya. Ini bermakna saya perlu belajar mengemudikan bot, menebar jala dan mengimbangi badan di atas bot.

“Semuanya perlu nampak ‘natural’ dan tidak kekok atau dibuat-buat. Memang mencabar buat saya kerana walaupun saya berasal dari Kelantan, saya dibesarkan di Subang Jaya.

Tetapi ini adalah satu proses pembelajaran yang saya hargai. Bila lagi saya boleh perolehi peluang sebegini?”ceritanya mengenai watak Amran.

Selain daripada watak dan produksi yang meyakinkan Pekin, pelakon ini turut menyatakan perasaan bangganya dapat terlibat dengan produksi Seludup yang disifatkannya sempurna.

“Saya tidak merasa terkilan langsung menolak tawaran berlakon di dalam dua buah filem lain demi peluang beraksi di dalam Seludup.


Punca Pekin Ibrahim Tolak Dua Tawaran Filem, info, terkini, hiburan, pelakon, pekin ibrahim, gosip,
Salah satu adegan dalam Filem Seludup


“Daripada krew sehinggalah pelakon-pelakon yang digandingkan bersama saya, kesemuanya sangat berdedikasi dan hebat di dalam bidang masing-masing. Jehan pula sebagai pengarah dan produser saban hari mengagumkan saya dengan kreativiti dan semangatnya.

“Mungkin kerana dia juga seorang pelakon maka dia faham apa yang diperlukan di dalam setiap watak dan dengan itu arahannya sangat ‘detail’. Saya tabik kepada Jehan dan punyai rasa hormat atas bakatnya,”katanya lagi.


Sumber : murai.com.my

0 Response to "Punca Sebenar Pekin Ibrahim Tolak Dua Tawaran Filem"

Catat Ulasan