KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melakukan pemantauan berterusan untuk membanteras penyalahgunaan media sosial bagi tujuan keganasan dan merekrut keanggotaan pengganas antarabangsa.
Menterinya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan bahawa masyarakat dunia perlu sedar dan melihat secara serius bahawa media sosial boleh sewenang-wenangnya dijadikan platform bagi kebebasan bersuara yang dikhuatiri mendatangkan kemudaratan.
Beliau berkata, sebahagian negara maju sudah tentu telah mengambil langkah sewajarnya dengan mempertingkatkan keupayaan untuk memantau bagi mengekang aktiviti keganasan yang mampu menggugat ketenteraman sesebuah negara.
Kredit gambar: malaysia-chronicle
0 Response to "ISIS: Kerajaan Pantau Media Sosial"
Catat Ulasan