Seorang wanita di Romania percaya neneknya yang telah meninggal dunia menghubunginya dari alam kubur. Bukan setakat itu, wanita itu juga percaya telah menerima gambar selfie daripada mendiang neneknya itu.
Wanita berkenaan, Gina Mihai, 34, menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuannya.
Menurut Mihai, gambar tersebut memperlihatkan sesuatu yang seakan-akan seekor ular melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang.
Mihai kemudiannya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik yang memberitahu bahawa mendiang neneknya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.
Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana dia tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu tradisi penghormatan yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania.
Tak pula disebut dari mana mendiang neneknya memperolehi telefon untuk selfie.
Begitulah penangan selfie. Sampai orang yang meninggal pun 'dituduh' ambil gambar selfie. Mungkin wanita ini perlu disedarkan tentang kewujudan satu garisan pemisah antara hidup dan mati.
0 Response to "Selfie Dari Dalam Kubur?"
Catat Ulasan