Isu Gandar Belakang Alza dan Myvi Mudah Tercabut, Perodua Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar...



Beberapa hari lepas kecoh di media sosial apabila tersebar beberapa keping gambar yang menasihatkan kepada pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berhati-hati kepada kereta mereka. 

Mesej tersebut berbunyi seperti berikut: 

"Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)..sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya kualiti kereta anda."


Isu berkenaan dipandang serius oleh pihak Perodua kerana ianya akan menimbulkan kegusahan dan hilang percaya kepada produk Perodua. Oleh yang demikian Pihak Perodua tampil memberi penjelasan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Amnar Rashid Salleh, kerosakan yang ditampilkan didalam gambar tersebut adalah disebabkan pelanggaran yang berlaku diantara Perodua Alza dan kenderaan lain. 

“Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.






“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel,” katanya.

Setelah siasatan dijalankan ternyata gambar kerosakkan kepada Perodua Alza tersebut berlaku akibat daripada kemalangan dan bukannya secara tiba-tiba tercabut. Selain itu pemilik kereta Alza merah berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung dengan perkara tersebut sambil dikepilkan bersama dengan laporan polis berkenaan kemalangan tersebut.







Bagi gambar kereta Myvi putih pula, pihak perodua mengatakan kereta itu telah diubahsuai. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah kepada kereta berkenaan. Gandar mungkin tercabut mungkin disebabkan pemasangan yg tidak sempurna.



Ternayata penyebaran berita yang salah akan menimbulkan kegusahan orang lain. Tidak jelas apa tujuan sebenar pihak berkenaan dan seeloknya siarkanlah berita yang penuh dan bukan yang diambil separuh sehinggakan menimbulkan salah faham.





Sumber: siakapkeli.com

0 Response to "Isu Gandar Belakang Alza dan Myvi Mudah Tercabut, Perodua Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar..."

Catat Ulasan