Joe Flizzow Masih Menunggu Malique

Rapper Joe Flizzow mengakui masih menunggu teman baiknya Malique untuk kembali beraksi dengannya sebagai penyanyi atas nama kumpulan mereka iaitu Too Phat.


Joe Flizzow masih menunggu Malique, info, terkini, hiburan, rapper, joe flizzow,

Menerusi lagu "Apa Khabar" terbaru Joe, lirik dalam lagu tersebut meluahkan rindunya mahu bergabung semula dengan Malique, namun masih belum berjaya memujuk Malique.

"Belum lagi, nanti kalau ada berita gembira itu saya pasti akan umumkan pada semua. Saya memang harap dia akan terbuka hati. Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, saya rindu nak berkerjasama dengan dia di dalam studio.

"Rindu saat-saat kami pernah kerja dalam studio sehingga 100 jam lamanya. Malique selain seorang yang mementingkan kesempurnaan, dia tu dah macam kembar saya. Saya rindu nak buat persembahan di konsert jelajah.

"Saya ada berjumpa dia. Tapi setiap kali kami berjumpa, kami tak pernah berbual perihal lagu termasuklah lagu "Apa Khabar". Tapi sebenarnya 6 bulan sebelum album "Havoc" diriliskan, saya dah perdengarkan pada dia lagu itu.

"Dan saya beritahu dia yang saya tulis lagu itu untuk dia. Dia dengar tapi dia tak komen atau cakap apa-apa pun," ujar Joe Flizzow kepada Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Joe berharap lagu "Apa Khabar" yang tercalon dalam kategori Video Muzik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) akan menang kerana lagu tersebut sangat peribadi buatnya.

"Saya harap "Apa Khabar" menang. Sebab lagu dan muzik video yang terhasil itu bukan kerja saya seorang tapi kerjasama kami berpasukan kerja pengarah.

"Lagu ini sangat peribadi bagi saya, ia sebuah lagu yang menunjukkan sisi emosional dan sensitive saya. Ramai orang tak tahu yang saya ini sensitif orangnya (selorohnya)."

Sementara itu, selain kategori itu Joe turut menerima pencalonan lain iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu ("Tepi Sikit"), Kulit Album Terbaik (Havoc) dan Lagu Hip Hop Terbaik ("Havoc").



Sumber :  tupai.com.my

0 Response to "Joe Flizzow Masih Menunggu Malique"

Catat Ulasan