Yana Samsudin Tunggu Adik Farid Kamil Ajak Kahwin

Bakat dan kemampuan Yana Samsudin memang tidak dapat disangkal dalam industri seni, lihat sahaja kini dia mampu mengemudi syarikatnya sendiri iaitu Yanasuperfriend Talent.

Yana Samsudin Tunggu Adik Farid Kamil Ajak Kahwin, info, terkini, hiburan, yana samsudin, sensasi,


Pada usianya yang menginjak 29 tahun ini ramai yang ingin mengetahui bila pelakon wanita ini ingin menamatkan zaman solonya lagi-lagi dengarnya artis ini sudah lama berkawan rapat dengan adik kepada aktor terkenal, Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.

Usia perkenalan mereka yang sudah mencecah 5 tahun ini boleh dianggap tempoh yang lama namun Yana memberitahu dia hanya berserah tentang jodohnya.

Memetik petikan Sinar Harian, Yana Samsudin memberitahu, “Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu.

Yana Samsudin Tunggu Adik Farid Kamil Ajak Kahwin, info, terkini, hiburan, yana samsudin, sensasi,


“Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga,” kata pelakon Wawa Semput ini.

Yana Samsudin mengakui turut menyerahkan semuanya kepada Fadzil mengenai hubungan mereka.


Yana Samsudin Tunggu Adik Farid Kamil Ajak Kahwin, info, terkini, hiburan, yana samsudin, sensasi,

Yana Samsudin Tunggu Adik Farid Kamil Ajak Kahwin, info, terkini, hiburan, yana samsudin, sensasi,

Pelakon yang tidak lekang dengan senyuman ini memberitahu dia hanya mengimpikan perkahwinan yang sederhana.


“Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah,” katanya yang merupakan duta produk jenama Super.

Kami doakan semoga Yana Samsudin dipercepatkan jodoh dan bahagia bersama pilihan hatinya.

Sumber : mynewshub.cc

0 Response to "Yana Samsudin Tunggu Adik Farid Kamil Ajak Kahwin"

Catat Ulasan