Kisah Seorang Pemandu Jujur Di Parkir Hospital Putrajaya


Inilah sebuah kisah seorang pemandu jujur di parkir Hospital Putrajaya yang boleh dijadikan teladan kepada semua... semoga kisah ini memberikan manfaat kepada semua.



terbaik



“Orang jujur hanya ada di komik” – itu antara bait syair daripada sasterawan Iwan Fals.


Dalam kalangan masyarakat kita, tidak ramai pemuda mempunyai sifat jujur dan bertanggungjawab seperti mana ditunjukkan oleh seorang pemuda dalam kisah ini.


Menurut sumber, kejadian yang berlaku di parking Hospital Putrajaya ini telah menerima pelbagai pujian atas sifat mulia individu yang meninggalkan pesanan di bawah.

“Maaf, saya terlanggar (terseret) kerata puan sebelah kanan depan. Ni nombor saya untuk kos cat semula. Maaf.”

Pesanan ini ditinggalkan kerana individu terbabit terlanggar sebuah kereta. Walaupun tanpa pengetahuan pemiliknya dia tetap jujur dan mahu bertanggung jawab.


Disebabkan sikap mulia ini, pemilik kereta yang dilanggar tersentuh hati lalu memaafkan perbuatan individu tersebut.

Komennya menerusi status Facebook:

“Susah nak jumpa orang yang akhlak macam ni.. tak jadi nak mintak ganti rugi… ana maafkan dia kerana Allah… terharu”.

Nampak tak? Sesungguhnya tak rugi jadi orang baik-baik ni.

Malah kalau pun manusia tak perasan perbuatan kita, Tuhan tahu segala-galanya dan pasti akan membalasnya dengan kebaikan jua. – MYNEWSHUB

0 Response to "Kisah Seorang Pemandu Jujur Di Parkir Hospital Putrajaya"

Catat Ulasan