Melalui laporan HarianMetro, Fauzi Nawawi dan Miera Liyana telah menjadi tumpuan apabila menjadi topik gosip cinta. Ada pihak mengatakan terlihat Fauzi Nawawi dan Miera Liyana bermesra dan berpegang tangan.
Gosip cinta itu elah melukakan hati isteri Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati. Fauzi Nawawi tampil memberi kenyataan tentang isu ini.
Ini komen Fauzi Nawawi kepada mStar:
"Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka.
"Sebelum ini saya pernah bercakap; 'Bertuah sangat kalau Liyana tu nak bagi pegang tangan' pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih,
"Macam saya... sudah 'kebal' dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu.
"Tetapi kasihanlah pada Miera. Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat yang bakal ditayangkan 6 November ini,"
Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
0 Response to "Lisdawati Terluka Dengan Kisah Cinta Fauzi Nawawi Dan Miera Liyana"
Catat Ulasan