Man United Sedia Tawar Kontrak Mega Kepada Sami Khedira

Manchester United bersedia menawarkan kontrak mega kepada Sami Khedira bagi memastikan pasukan itu dapat mengalahkan Arsenal dan Chelsea dalam usaha memikat pemain terbabit.

Man United Sedia Tawar Kontrak Mega Kepada Sami Khedira, info, terkini, sukan bola sepak, EPL, sami khedira, Manchester United


Pemain tengah skuad juara Piala Dunia itu terdesak untuk meninggalkan Real Madrid apabila kontraknya tamat pada musim panas akan datang.

Chelsea dan Arsenal mula mengintai pemain terbabit sejak dia pulih daripada kecederaan dan beraksi pada Piala Dunia, tetapi kini United turut enggan melepaskan peluang untuk mendapatkan Khedira.

Berikutan itu, United dilapor akan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menawarkan kontrak mega kepada Khedira walaupun telah berbelanja sebanyak  £150 juta pada musim perpindahan lalu.

United dilapor sedia menaikkan gaji sebanyak £150,000 seminggu yang kebiasaan dibayar oleh Arsenal dan Chelsea kepada £200,000 seminggu kepada Khedira.

Chelsea kini telah memiliki Nemanja Matic dan Cesc Fabregas di bahagian tengah selain Eden Hazard, Oscar, Willian serta Andre Schurrle, manakala United hanya mempunyai  Michael Carrick, Darren Fletcher, Ander Herrera dan Daley Blind.




Sumber : mstar.com.my

0 Response to "Man United Sedia Tawar Kontrak Mega Kepada Sami Khedira"

Catat Ulasan