Najwa Latif Tampil Dengan "Aku"

Najwa Latif tampil dengan karya terbaharunya “Aku”, berbeza dari single sebelum ini dimana liriknya berkisar tentang kehidupan dan keamanan. “Aku” diinspirasikan dari kejadian peperangan yang berlaku di seluruh dunia dan juga tragedi MH17 dan MH370.


Najwa Latif Tampil Dengan "Aku", info, terkini, hiburan, artis, najwa latif, album baru najwa latif,



Lagu ciptaan Najwa dan lirik oleh kakaknya, Ika Latif ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan.



Najwa Latif Tampil Dengan "Aku", info, terkini, hiburan, artis, najwa latif, album baru najwa latif,



“"Aku" mengambil masa tiga bulan lebih untuk disiapkan berbanding lagu-lagu sebelum ini. Menceritakan tentang kehidupan, ia memerlukan bait-bait lirik yang benar menyentuh perasaan orang yang mendengarnya,” kongsi Najwa. Tambahnya, lagu ini merupakan satu langkah baru dalam kerjaya seninya untuk menghasilkan lagu yang lebih matang. “Aku” antara lagu yang akan terkandung album keduanya.



Ketika ini Najwa sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah dalam jurusan Bahasa Inggeris di UNITAR International University. Dengan jadualnya yang agak padat dari Isnin hingga Jumaat, Najwa berharap kemunculan single terbaharunya ini dapat di terima peminat.


Sumber : gua.com.my

0 Response to "Najwa Latif Tampil Dengan "Aku""

Catat Ulasan