Encik Mimpi Muncul Dengan Album Baru

Imej bertopeng yang dikenakan dianggap satu kelainan buat Encik Mimpi sejak mula menceburkan diri dalam industri muzik tanah air. Memang ramai pihak sebelum ini meragui motif sebenar jejaka ini berpenampilan seperti itu.

Encik Mimpi Muncul Dengan Album Baru, info, terkini, hiburan, encik mimpi, Album Baru


Encik Mimpi mula terkenal menerusi singlenya Rindukanlah yang popular menerusi lagu runut bunyi drama Playboy Itu Suami Aku.

Tapi, sampai bila sebenarnya Encik Mimpi mahu berimej seperti itu? Nama juga tidak didedahkan oleh Encik Mimpi seolah-olah dia masih mahu berselindung daripada semuanya.

Minggu lalu, ketika pelancaran album Encik Mimpi-Selamat Malam Cinta, dia cuba mendedahkan identiti sebenarnya. Tapi tidak secara keseluruhan.

Hits merakamkan perbualan bersama Encik Mimpi sambil dia menceritakan tentang kerjaya dirinya dan album baharunya itu.

Hits: Kenapa masih memilih untuk bertopeng? Selesa dengan semua itu?

Encik mimpi: Semua ini saya buat kerana mahu menghargai peminat yang mahukan diri saya dengan personaliti seperti ini. Saya pernah bertanya kepada pengikut-pengikut blog saya tentang semua itu dan mereka setuju jika saya kekalkan imej bertopeng saya.

Mengenai keselesaan, saya mengaku lebih selesa dengan imej yang sebegini.

Empat tahun menggunakan nama Encik Mimpi, adakah ia memberi masalah jika awak tidak dedahkan identiti sebenar?

Encik mimpi: Jujur saya cakap, sebenarnya tiada masalah untuk saya dedahkan nama sebenar sebelum ini. Cuma saya kekalkan imej misteri setelah dikenali oleh pengikut setia di blog yang saya tulis sejak 2009.

Encik Mimpi Muncul Dengan Album Baru, info, terkini, hiburan, encik mimpi, Album Baru

Encik Mimpi (dua dari kiri) masih dengan imej bertopeng dalam majlis pelancaran album terbaharunya , bersama mereka disebalik tabir penerbitan album berkenaan.


Mula melangkah dalam industri muzik, saya masih mentah dan tidak faham etika kerja wartawan khususnya akhbar yang perlu merekodkan nama penuh. Saya takut untuk dedahkan imej misteri saya kerana tidak mahu membunuh kerjaya sendiri.

Apabila kerap berurusan dengan orang media, saya faham kerja mereka. Sekarang saya mahu jadi lebih terbuka untuk berkongsi nama penuh saya.

Jadi, siapa nama awak sebenarnya?

Encik mimpi: Nama saya Mohd. Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Miri, Sarawak tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur. Saya merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Malaya (UM). Untuk membuka topeng dan dedahkan muka saya, itu belum lagi. Biarlah saya teruskan kerjaya saya dengan imej seperti ini.

Dengan pendedahan ini, adakah awak sudah bersedia untuk mengukir lebih banyak kejayaan dalam bidang muzik?

Encik mimpi: Sudah. Album terbaharu saya ini merupakan bukti saya sedia menjadi dan membina nama sebagai penyanyi. Ini langkah pertama sahaja.

Sehingga kini, saya juga sudah memiliki hampir 100 video, 50,000 pelanggan dan hampir lapan juta tontonan di YouTube. Saya sungguh gembira dengan perkembangan ini.

Dalam album terbaharu ini, terdapat lima buah lagu saya iaitu Rindukanlah, Ayuh Tinggalkan Dia, Menu Cintaku, Hikmah Di Atas Segalanya, Selamat Malam Cinta.

Sudah hadir dengan sebuah album, bagaimana dengan kerjaya awak sebagai Eksekutif Teknologi Maklumat?

Encik mimpi: Saya sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kalau sebelum ini, saya menyanyi sebagai kerja sampingan sahaja. Tetapi sekarang saya mahu fokus dalam bidang ini.

Komitmen yang tinggi itu membuatkan saya mengambil keputusan itu. Saya mahu serius dalam bidang muzik dan tidak menyesal dengan keputusan ini.

Saya percaya mampu berjaya dalam bidang nyanyian selagi ada usaha, keinginan dan bersedia dengan perancangan masa depan.



Sumber : utusan.com.my

0 Response to "Encik Mimpi Muncul Dengan Album Baru"

Catat Ulasan