TIKUS DITEMUI MENYOROK DALAM SAYUR DI AEON BIG, MID VALLEY

type='html'>

Chiah Yoke Fong, memuat naik dua gambar penemuan yang amat menjijikan di sebuah pasaraya terkemuka di Facebook mendapat 4,383 shares di Facebook.

Gambar yang dikongsikan itu bukanlah gambar yang menarik, sebaliknya gambar seekor tikus bersembunyi dibawah timbunan sayur brocolli hijau.


Chiah bagaimanapun segera memaklumkan penemuan berkenaan kepada kakitangan Aeon Big warga Bangladesh. Sebaliknya kakitangan terbabit memanggil rakan kerjanya seorang perempuan melayu datang melihat penemuan itu.

Menurut Chiah, reaksi kedua kakitangan Aeon Big berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda terkejut mahupun memohon maaf kepadanya berikutan perkara yang tidak sepatutnya terjadi itu.

Jelas Chiah lagi, dia tidak akan berbelanja di cawangan Aeon Big Mid Valley lagi kerana pasaraya itu tidak menjaga kebersihan. 

0 Response to "TIKUS DITEMUI MENYOROK DALAM SAYUR DI AEON BIG, MID VALLEY"

Catat Ulasan