Pemain Barcelona, Gerard Pique memohon maaf secara terbuka kepada polis Barcelona selepas menghina pihak berkuasa terbabit yang mengeluarkan saman terhadap saudaranya.
Polis mengeluarkan saman terhadap kereta milik Pique selepas saudaranya meninggalkan kenderaan tersebut selama 15 minit di laluan bas dan teksi di Port Olimpic, Barcelona.
Ketika disaman oleh polis kerana menghalang lalu lintas, Pique, 27, telah menghina anggota bertugas dengan berkata," Kamu dengki kepada saya kerana saya terkenal.
"Kamu saman saya kerana kamu berkuasa, kerana kamu tidak mempunyai wang dan mahukan komisyen.
"Saya akan bercakap dengan ketua kamu untuk mengambil tindakan. Kamu ingat kamu hebat di dunia ini kerana memakai seragam polis dan mengeluarkan saman.
"Bapa kamu akan membayar hutang ini - bukan saya. Pekerjaan kamu membuatkan saya sakit hati dan terhina," katanya.
Suami kepada penyanyi terkenal Shakira itu kemudian merampas saman tersebut daripada saudaranya dan membaling semula ke arah polis.

Pique dan Shakira pada satu perlawanan bola jaring, bulan lalu.
Pique bagaimanapun memohon maaf di laman sosial Twitter miliknya dan mengakui bersalah kerana mengeluarkan hinaan tersebut.
Tindakan pemain itu memohon maaf turut menerima pujian penyokong dan rakan kelabnya.
Sumber : mstar.com.my
Sumber : mstar.com.my
0 Response to "Pemain Barcelona, Gerard Pique Bertengkar, Hina Polis"
Catat Ulasan