Polis menahan seorang warga emas
berhubung kejadian seorang pemikat ayam hutan parah terkena tembakan
peluru sesat dalam kejadian di Kampung Tengkek, dekat sini, jam 9 pagi,
kelmarin.
Lelaki berusia 78 tahun itu ditahan di rumahnya
di Kampung Kasau, Tengkek, jam 4 petang hari sama bagi membantu siasatan kes
itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim dihubungi berkata, sejurus maklumat kejadian diterima, pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah mengesan suspek.
“Polis turut merampas selaras senapang patah, lapan kotak peluru penabur pelbagai saiz dan model serta sepasang pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian.
“Atas faktor usia, suspek dilepaskan dengan dijaminan keluarganya sejurus keterangan lengkap dirakam pegawai penyiasat kes,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.
Sumber : Harian Metro Online

0 Response to "Pemikat Ayam Hutan Parah Kena Peluru"
Catat Ulasan