Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan
terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap
agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak
akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah
erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan
karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.
Terkini, foto Tiz Zaqyah memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.
Terkini, foto Tiz Zaqyah memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.


Walaupun Tiz Zaqyah sudah
menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan,
namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.

Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah
lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu
melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.
Sumber asal : ohbulan.com
0 Response to "2 Foto Tiz Zaqyah Ditegur Peminat Di Laman Sosial"
Catat Ulasan