Tanggal 1 November 2014 lalu, pasangan pelakon
Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menerima kehadiran puteri sulung
mereka yang dinamakan, Aaisyah Dhia Rana. Sebelum dilahirkan lagi, Aaisyah sudah
mencipta sensasi apabila kelahirannya mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak
Hosital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Pendapatan Aaisyah Dhia Rana
melebihi pendapatan Rozita Che Wan – Sebaik sahaja dilahirkan, populariti
Aaisyah mencanak naik apabila gambar comelnya dimuat naik di akaun Instagram
Rozita dan Zain. Menyedari populariti luar biasa yang diterima Aaisyah, Rozita
atau mesra disapa Che Ta tidak menganggap itu satu bebanan yang
berat.
“Saya tidak kisah dengan perhatian yang diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang pelik apabila Aaisyah juga turut popular,” katanya dipetik Kosmo!
Akui Che Ta, meskipun anaknya belum berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang diraih anaknya juga melebihi pendapatannya. Dalam pada itu, wujud kebimbangan di hati Che Ta apabila anaknya menerima pujian yang melambung daripada orang sekeliling.
“Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan Aaisyah lebih banyak daripada saya. Saya bukan menggunakan anak untuk dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak. Sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu. Jika sesuai barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah. Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa hadapan.

“Siapa tidak suka orang puji anak sendiri
tetapi dalam hati saya wujud perasaan bimbang. Ini kerana tiada manusia yang
sempurna. Apabila orang memberi komen di Instagram yang anak saya cantik dan
sempurna, saya jadi bimbang. Kalau boleh memadai cakap comel sahaja. Saya juga
tidak mahu anak saya dibandingkan dengan anak orang lain kerana setiap bayi
mempunyai keistimewaan tersendiri,” luah Che Ta yang akan mula bekerja pada awal
Januari tahun hadapan.
Selain daripada anak Che Ta dan Zain Saidin, ada juga beberapa lagi anak selebriti yang meraih populariti mengalahkan ibu atau bapa mereka sendiri. Antaranya adalah Lara Alana (Scha Al-Yahya & Awal Ashaari), Julia Claire (Betty Banafe), Arrianshah Akid (Tomok) dan Noah Ismail Wong (Yasmin Hani & Sha’arin Razali).

Sumber : ammboi.com
0 Response to "Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Melebihi Pendapatan Rozita Che Wan"
Catat Ulasan