
GEORGETOWN – Seorang lelaki maut selepas bumbung sebuah kilang di Kampung Jawa di Bayan Baru di sini, runtuh dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang tadi.
Mangsa, Wan Nazri Wan Mokhtar, 48, meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap dalam timbunan konkrit yang runtuh itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.58 petang sebelum berkejar ke tempat kejadian.
“Mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 7.28 malam.
“Kerja pembersihan di lokasi kejadian sudah dijalankan dan tiada mangsa lain terbabit. Kita masih menyiasat punca kejadian,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.
0 Response to "MAUT DIHEMPAP BUMBUNG KILANG RUNTUH"
Catat Ulasan