
Raub:
Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka
terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang, di Kilometer 362,Jalan Kuala
Lumpur-Kota Bharu, di sini, pagi tadi.
Kejadian
berlaku kira-kira 7.30 pagi itu menyebabkan mangsa Sharul Firdaus Abdul Latif,
23 dan Muhammad Norhaffis Ansari, 24, maut di tempat kejadian akibat parah di
kepala dan anggota badan manakala Muhamad Saiful Amirul Rosli,18, patah tangan
kanan serta kiri.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Raub Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata,
kejadian berlaku apabila tiga rakan itu dalam perjalanan dari arah Bentong
menuju ke bandar ini.
Katanya,
namun ketika tiba di tempat kejadian kereta Proton Satria dipandu Sharul Firdaus
secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu terhumban ke
dalam longkang.
"Akibatnya,
pemandu dan penumpang kereta berkenaan tersepit sebelum orang ramai menghubungi
pihak berkuasa untuk tindakan susulan.
"
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub tiba kira-kira 10 minit
kemudian dan membantu mengeluarkan semua mangsa namun pemandu dan penumpang
hadapan iaitu Muhammad Norhaffis disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika
dihbungi.9
0 Response to "2 maut 1 Parah Kereta Terhumbang Ke Longkang"
Catat Ulasan