Kuala
Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai bekas anggota polis ditemui mati dalam
keadaan terbaring di hadapan kawasan kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, pagi
tadi.
Mayat
mangsa ditemui oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan
kepada polis untuk bantuan kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketua
Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang turut berada dilokasi kejadian mengesahkan
kematian mangsa.
Katanya,
siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata dan pemeriksaan
terhadap badan mangsa terdapat sedikit kesan luka di jari kelingking serta jari
manis kanan sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding.
"Mayat
mangsa dihantar ke hospital Selayang untuk proses bedah siasat dan setakat ini
kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) katanya ketika
dihubungi, sebentar tadi.
0 Response to "Mayat Lelaki Di Temui Di Depan Kedai"
Catat Ulasan