4 Beradik Ditinggalkan Bersama RM70 Untuk Terus Hidup

Empat kanak-kanak ditinggalkan di tepi jalan.

Sarawak, 9 Nov - Empat orang kanak-kanak, berusia antara 2 hingga 7 tahun telah dijumpai berlegar tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.

Menurut laporan polis , mereka dijumpai bersama dengan wang tunai RM70 dan 2 kaki payung. Mengikut laporan juga, kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.

Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.

Laporan polis yang dibuat.

Berikut adalah senarai nama empat orang kanak-kanak tersebut, yang juga adik beradik:


  1. Menai (7 tahun)

  2. Iyen (7 tahun)

  3. Echa (4 tahun)

  4. Olivia (2 tahun)

Menurut laporan polis itu juga, ada tertulis bahawa kanak-kanak tersebut telah dihalau dari rumah ibu mereka. – Siakapkeli






Related Posts :

0 Response to "4 Beradik Ditinggalkan Bersama RM70 Untuk Terus Hidup"

Catat Ulasan