Anak Yang Lahir Di Selangor Dapat RM1500

Hari ini saya dan isteri ke Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat di Banting untuk mengambil penyata simpanan TAWAS yang kami daftarkan 2 minggu lepas anak sulung kami lahir. Dulu kami sekeluarga tinggal di Sijangkang, jadi nak ke Banting memang tak jauh. Sekarang kami sudah hampir setahun duduk di Shah Alam. Nak ke Banting lebih kurang 25 kilometer kalau dikira jarak dari Taman Sri Muda.




Bunting promosi program TAWAS.

TAWAS adalah singkatan bagi Tabung Warisan Anak Selangor yang dikendalikan oleh YAWAS iaitu Yayasan Warisan Negeri Selangor. Pendaftaran untuk setiap anak adalah percuma bergantung kepada syarat-syarat yang digariskan oleh YAWAS.




Anak tak nak diam, saya ajak bergambar kalau tak dia main tepi kolam.

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima penyata simpanan TAWAS yang hanya boleh ditunaikan semasa anak yang didaftarkan berusia 18 tahun atau kematian menimpa mereka. Ibu bapa atau penjaga yang berdaftar perlu hadir ke pejabat YAWAS untuk membuat tuntutan.




Contoh penyata TAWAS yang diberikan kepada pendaftar yang layak.

Menurut jurucakap TAWAS, dijangkakan 4,000 anak yang berdaftar hadir bersama ibu bapa di Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat. Keadaan trafik tidak berapa sesak tetapi masih bergerak perlahan di sekitar pejabat. Ramai orang hadir berbilang kaum termasuklah Melayu, Cina dan India. Rata-ratanya hadir bersama keluarga dan anak-anak.




Di antara ibu bapa yang hadir semasa penyata diedarkan.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan anak dalam program TAWAS, sila rujuk di blog ini :

http://rujukankerjaya.com/2014/rm1500-untuk-anak-kelahiran-negeri-selangor

Sumber

Related Posts :

0 Response to "Anak Yang Lahir Di Selangor Dapat RM1500"

Catat Ulasan