David Moyes mengakui dia meminta nasihat
daripada Sir Alex Ferguson sebelum membuat keputusan
menerima tugas di Real Sociedad.
Sebelum ini, Moyes turut menerima nasihat Ferguson untuk membimbing kelab Manchester United mengganti tempatnya selepas bersara, namun ia tidak berjalan lancar seperti yang di harapkan.

Pun begitu, Moyes tetap mencari
Ferguson sebelum menandatangani kontrak sebagai pengurus Real
Sociedad.
Perbualan saya dengan Ferguson sentiasa menarik."Saya menelefon Sir Alex memberitahu tawaran tersebut dan beliau memberi pandangan mengenai tugas ini.
"Beliau yakin ia sesuatu yang baik untuk saya dan berkata tidak ramai pengurus British yang mendapat peluang seperti ini," jelasnya.
Jelas Moyes, selepas semuanya berjalan lancar, dia berasa tenang dan bersedia memulakan tugas baharunya itu.
"Saya berada dalam keadaan baik dan masih menekankan apa yang saya luahkan sebelum ini bahawa saya tidak diberi masa yang cukup di United untuk gagal atau berjaya.
"Saya yakin tidak ada yang salah bagaimana cara kita bekerja dan semua orang nampak sesiapa yang bekerja di United akan mengambil masa yang panjang.
"Sembilan bulan sememangnya tidak cukup untuk seorang pengurus," katanya.
Sumber : mstar.com.my

0 Response to "David Moyes Bakal Bimbing Real Sociedad"
Catat Ulasan