Minggu lepas kecoh apabila
seorang pereka meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada seorang pelakon baru
kerana tidak menggayakan baju rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014. Sehubungan
dengan itu, artis berkenaan iaitu Chacha Maembong tampil memohon memaaf dan
memberi penjelasan agar isu tersebut tidak dibesarkan.
Susulan daripada isu kontroversi
antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dan pelakon, Chacha Maembong, kakak kepada
pelakon cantik berkenaan, Emma Maembong telah memberikan kenyataan balas
berhubung isu berkenaan.
Emma Maembong menerusi laman
Instagramnya telah meluahkan pendapatnya terhadap rasa tidak puas hati dan
kekecewaan Ezuwan Ismail selepas Chacha Maembong tidak menggayakan pakaian
rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.
Melalui gambar dan mesej yang
dimuat naik berkenaan, Emma Maembong telah menyatakan beberapa perkara penting
mengapa adiknya, Chacha Maembong telah mengambil keputusan untuk tidak
menggayakan gaun rekaan pereka fesyen berkenaan.
Jelasnya, dia terpaksa berbuat
berkenaan (menulis di dalam Instagram) bagi menerangkan perkara sebenar dan
tidak mahu pihak terbabit terasa hati jika apa yang ditulisnya menyinggung hati
mana-mana pihak.
“Saya ada dengan Chacha time
dia nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari.
Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pun lari.
“Masa fitting Chacha ada bagi
tahu bahu ni senget, tapi dia cakap ‘you jangan tengok sekarang, belum siap lagi
ni’. So she didn’t expect la on the event day baju dapat macam tu sebab dia dah
ambil pin cucuk kat mana yang kena alter masa fitting.
“Sebab bila dapat baju
dua-dua belah tangan lari tak sama,” katanya dalam Instagram yang turut
disertakan dengan gambar pakaian merah jambu terdedah di bahu yang dihiasi
dengan butiran manik.
Emma Maembong yang mewakili
adiknya menulis, dia telah menghubungi pereka fesyen berkenaan melalui kiriman
Whasapp sebaik sahaja majlis berkenaan selesai untuk meminta maaf dan
menjelaskan perkara sebenar.
Malah adiknya, Chacha Maembong
telah meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan semata-mata untuk
meleraikan segala salah faham.
Bagaimanapun dia agak terkejut
apabila hal berkenaan telah menjadi isu dan diperbesar-besarkan oleh Ezuwan
Ismail.
Emma Maembong dalam kenyataannya
itu lagi, kebarangkalian untuk adiknya menggayakan gaun berkenaan pada majlis
lain cukup cerah kerana tidak sempat untuk menyarungkan pada majlis anugerah
berprestij berkenaan.
“Kadang-kadang ada juga terjadi
dekat Emma sendiri and usually designer lain faham dan amat professional, siap
event lain pakai baju yang tak jadi pakai itu. Tapi ini macam over
sangat.
“Jangan nak cakap time nak
sponsor okay saja. Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan
tak dapat seperti yang dijanjikan. Oh! Kita tak boleh bersuara pulak? Its fair
and square lah, designer buat baju kita tolong mereka promote, sama-sama
untung,” katanya.
Sumber:
murai.com.
0 Response to "Emma Maembong Tampil Pertahankan Adiknya Chacha Maembong Berkenaan Kontroversi Baju Pereka Ezuwan Ismail.."
Catat Ulasan