Penyanyi Taylor Swift bukan sahaja
terkenal dengan lagu-lagunya serta kisah peribadi, dia juga turut dikenali
dengan imej gaya menarik dan gincu merah terang yang sering dipakainya.

Maka tidak hairanlah apabila ramai yang tidak
begitu mengenali wajah Taylor Swift apabila dia tampil sebagai
penghias kulit majalah Wonderland dengan imej ala supermodel
1990-an.
Pelantun lagu "Shake It Off" ini dilihat membawa imej seperti supermodel jenama Calvin Klein sekitar tahun 1990-an menyerupai Brooke Shields dengan rambut basah disikat belakang, kulit wajah perang bersinar dan juga bulu kening lebat.
Gaya tersebut turut mendapat perhatian dan 'kelulusan' model dari Britain, Cara Delevingne yang terkenal dengan keningnya apabila dia memuat naik gambar kulit majalah tersebut di laman Instagram.

Taylor Swift tampil dengan gaya ala
supermodel 1990-an.
[Sumber Foto: Wonderland Magazine]
Dalam satu temubual bersama majalah tersebut, penyanyi berusia 24 tahun ini sempat bercerita tentang status solonya.
"Saya sudah bersama dengan diri saya terlalu lama dan saya sukakannya. Saya tidak sanggup melepaskan kebebasan tersebut untuk sesiapa.
Ya, memang anda berpeluang untuk mempunyai hubungan jangka panjang dengan seseorang. Namun ketika zaman remaja, saya terpedaya dengan idea hubungan romantik yang akan kekal selama-lamanya," katanya.
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Gaya Taylor Swift Ala Supermodel 90-an"
Catat Ulasan