
Kereta
Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miliki Saman Lebih
RM1,000? - Kuala Lumpur : Satu ‘screenshot’ khidmat pesanan ringkas (SMS)
mengenai kereta rasmi yang didakwa milik Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) yang memiliki saman yang belum dijelaskan tersebar luas di laman
sosial.
Saman
berkenaan disemak melalui saluran SMS Polis Diraja Malaysia untuk mengetahui
kesalahan yang dilakukan.Kereta dengan nombor pendaftaran JPJ 11 itu memiliki
saman yang masih tertunggak sebanyak RM1,350 sehinga 7 November lalu.
Orang
ramai memberikan reaksi negatif yang mengecam serta mengkritik JPJ dan ada
antara mereka yang meminta supaya Ketua Pengarah JPJ meletak jawatan.
Ada
juga yang menyatakan kekesalan mereka kerana pihak berkuasa sendiri tidak
mengendahkan undang-undang yang tetapi sebaliknya orang awam yang dikenakan
tindakan, lapor The Rakyat Post.

0 Response to "Kereta Rasmi Ketua Pengarah JPJ Miliki Saman Lebih RM1,000 ?"
Catat Ulasan