
Chef Wan kembali lagi. Kali ini dengan isu yang melibatkan Rozita Che Wan atau Che Ta.
Berang dengan tindakan segelintir haters yang mengutuk, mengkritik serta bersikap biadab dengan melontarkan komen-komen negatif terhadap pasangan Zain & Che Ta yang baru-baru ini dikurniakan bayi perempuan, Chef Wan meluahkan rasa marah dan geramnya terhadap haters di laman Instagram.
Chef Wan juga mengelar golongan-golongan haters ini adalah #Bitchy yang gemar mempertikaikan setiap apa saja yang dilakukan pasangan itu.
"These people some yang i tengok bertudung pun ramai tak habis-habis mengata mereka. Jika macam tu perangai kita, baik la sahaja telanjang tak usah bertudung!" selar Chef Wan terhadap golongan itu.
Baca luahan hati geram Chef Wan di bawah:
"The last 2 days sibuk over social media and papers about the birth of Cik Ta baby and Zain.Geli2 hati saya membaca komen3 fans dan haters.Omg it really reflect the true ugly side of our Malay people at time disappointing and biadap pun ramai. Personally i have never met both of them but still i would like to wished both of them a big congratulation.Alhamdulilah the baby is so comel mcm both their parent juga. What i dont understand why la segelintir masyarakat need to be "Bitchy" about other people happiness and kemewahan and would take the time to kutok habis mereka yg mencermin kan hati busuk kita yg sebenar benarnya. These people some yg i tengok bertudung pun ramai tak habis2 mengata mereka. Jika mcm tu perangai kita baik la sahaja telanjang tak usah bertudung! Dah dia Celebrity banyak lah penaja2 yg mahu menaja.Everywhere in the world sama ada Hollywood or Bollywood tu pasti ramai yg nak taja Celebrities2 yg popular.Bila dah di Taja the sponsors naturally need the publicity so kena lah ada pengemuman di media yg buatkan mereka2 ini rasa sakit hati " Kononnya nak show off la pulak!". Dah nama celebrity mesti la media nak cover kau bodoh ke apa? Jika hati tu ber ulat and u cannot feel happy and good for others simpan sahaja hati itu untuk " Neraka Jahanam". No need to passed such hideous remark that actually reflect our own ugly behaviour! Never understood why hati kita perlu busuk!"
Bagaimanapun, dalam keadaan geram bercampur marah itu, Chef Wan sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan Zain dan Che Ta.
0 Response to "LUAHAN HATI MENYAMPAH CHEF WAN TERHADAP HATERS PASANGAN CHE TA & ZAIN"
Catat Ulasan