Kapten pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah
oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu.Pakar satelit
Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah
seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih
selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777
digerakkan.
Kenyataannya disiarkan melalui portal berita International
Business Times semalam mendakwa Kapten Zaharie tidak mungkin menyebabkan
kehilangan pesawat itu berdasarkan siasatan dan kesimpulan
dilakukan.
Exner yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 secara sukarela
percaya wujud peluang untuk menerbangkan Boeing 777 dengan simulator
penerbangan.
Berdasarkan laporan awal, semua sistem komunikasi pesawat –
komunikasi satelit dan sistem lain dipadamkan seseorang kira-kira 40 minit
selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing,
China.
“Hampir serentak dengan itu, pesawat MH370 menyimpang jauh dari
landasan asalnya. Memusing tajam ke kiri dan dilaporkan terbang kembali ke
Semenanjung Malaysia tanpa diawasi zon kawalan trafik
udara.
“Bagaimanapun Unit Data Satelit atau SDU mampu untuk menghantar
mesej elektronik jelas kepada 3F-1 Inmarsat satelit terletak di orbit
geosynchronous di atas Lautan Hindi,” katanya.
Exner menyatakan semua
sistem komunikasi dimatikan suspek bagi mengelak sebarang bentuk
pengesanan.
“Selain itu suspek juga dinyatakan mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang protokol laluan lintas udara antarabangsa.
“Sesiapapun
dalang di sebalik kejadian ini menggunakan kemahiran rampasan pesawat yang maju
dan dia tahu apabila SDU dihidupkan, semua sistem komputer di dalam pesawat itu
akan terus menghasilkan maklumat,” katanya.
Sumber
0 Response to "Pakar Satelit: Kapten MH370 Tak Bersalah, Ada Dalang…"
Catat Ulasan