
LOS ANGELES: Satu video
menyayat hati seorang bapa Chris Picco menyanyikan sebuah lagu dari kumpulan The
Beatles bertajuk Blackbird kepada anaknya bernama Lennon James Pico yang lahir
pramatang, tetapi dalam keadaan nazak telah menjadi viral di
Internet.
Menurut coretan dari video
tersebut, Ashley, ibu kepada bayi tersebut meninggal dunia semasa tidur selepas
melahirkan anaknya.
Semasa mengandungkan Lennon,
Ashely selalu merasakan Lennon memberi tindak balas kepada Muzik dan Chris
meminta sekiranya dia dapat membawa gitar ke dalam bilik NICU untuk memainkan
lagu kepada Lennon yang sedang nazak.
Chris Picco, mengambil sebuah
gitar ke wad anaknya dan menyanyikan lagu "Blackbird" kepada anaknya, Lennon,
yang sedang bertarung nyawa pada ketika ini. Chris memainkan gitar selama
beberapa jam dan sehari selepas merakamkan video ini, Lennon meninggal dunia
dipangkuan Chris.
Bayi tersebut lahir pada umur 24
minggu dalam kandungan pada 8 November, tetapi ibunya Ashley meninggal pada hari
yang sama.
Video yang memaparkan ayah kepada
bayi berkenaan memainkan lagi "Blackbird" kepada anaknya yang berada dalam
inkubator telah mendapat lebih dari 4 juta tontonan di Youtube setakat ini.
Video tersebut dimuat naik pada 12 November.
0 Response to "Tersentuh Hati, Bapa Nyanyikan Lagu Kepada Bayinya Yang Sedang Bertarung Nyawa"
Catat Ulasan