
Solat
Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat
Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).
Solat
Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan
sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama
untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam
Nawawi:
“Bila
engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA
di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk
melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan
maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik
pelindung..”
Keajaiban
Solat Tahajud
Sejarah
telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan
Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.
Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
1.
Tiket ke Syurga
Abdullah
Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat
itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan,
sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang
tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu
Majah).
2.
Menjauhi Penyakit
Salman
Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana
sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,
mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat
dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR.
Ahmad)
3.
Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah
Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah
sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana
engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan
mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim
adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4.
Mendapat Rahmat Allah
Abu
Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati
laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya.
Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati
perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang
suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5.
Doa Dikabulkan
Allah
SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud
dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di
malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan
akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR.
Muslim)
6.
Penghapus dosa
Dari
Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul
Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus
dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7.
Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat
kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan
cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka
terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan
kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa
bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan
jiwa.”
8.
Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu
menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah
Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang
yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil
menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati
malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan:
63-64)
Jom
kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita di dunia
dan di akhrat
Sumber
0 Response to "8 Kelebihan Solat Tahajud Yang Ramai Tidak Tahu"
Catat Ulasan