
Saya
nak minta pendapat dan nasihat Dr. Saya sering perasan ada rezeki hendak
masuk, tetapi saat-saat akhir tak menjadi.
Sebagai
contoh, saya menjual barang dan ada yang berminat untuk membeli barang
berkenaan. Namun, pada saat akhir pelanggan berubah fikiran. Contoh lain, saya
ada terima panggilan untuk temu duga kerja, tapi kemudian ia dibatalkan.
Perkara
ini kerap juga berlaku seperti ada yang menghalang rezeki masuk. Jadi, saya
hendak minta nasihat daripada Dr dan panduan yang boleh saya amalkan untuk buka
pintu dan dimurahkan rezeki.
Izara
Izara
Batu
Pahat
Antara perkara yang menyebabkan rezeki ditolak atau rezeki yang sempit ialah akibat melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil. Perkara ini boleh menyebabkan rezeki seseorang sempit atau disusahkan.
Firman
Allah: “Jikalau
sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan
melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka
mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan
mereka sendiri.” (Al-A’raf: 96)
Ayat
ini menerangkan kepada kita bahawa Allah pasti akan melimpahkan barakah dari
langit dan bumi kepada orang yang beiman dan bertakwa. Ini termasuk rezeki yang
melimpah ruah dan kehidupan yang baik.
Antara
perkara-perkara yang termasuk dosa besar ialah meninggalkan solat. Solat adalah
tiang agama, maka sekiranya solat tidak dilakukan bermakna runtuhlah tiang agama
tersebut. Jadi, orang yang meninggalkan solat tidak akan dikira amalan
kebaikannya kerana perkara utama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah
adakah sempurna solat seseorang. Jika sekiranya solat tidak didirikan atau tidak
dilaksanakan dengan sempurna maka amalan seseorang akan tergantung dan beliau
akan ditimpa kesusahan sama ada secara lahiriah atau batiniah yang tidak dapat
kita lihat.
Sumber
0 Response to "Ketahui Sebab Kenapa Rezeki Ditolak?"
Catat Ulasan