type='html'>
Sumber
Pelik tapi benar, ungkapan yang sesuai untuk
seorang lelaki China yang mempunyai hidung di dahi. Walaupun penampilannya
nampak pelik dan agak tak logik, lelaki ini sebenar adalah salah seorang
"Pioneer" kepada " Pembedahan Semula Hidung" yang luar biasa.
Lelaki ini mengalami kerosakkan hidung selepas
terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk. Jangkitan kuman telah memakan jauh
ke tulang rawan dalam hidung beliau, menjadikannya mustahil bagi doktor untuk
mengembalikan hidungnya yang asal. Sebaliknya, para doktor memutuskan untuk
membuat hidung baru di dahinya.
Biarpun ianya kelihatan janggal, tetapi proses
pembedahan tersebut tidak begitu berbeza daripada teknik-teknik pembedahan
plastik yang biasa. Hidung itu direkan dengan menanam tisu kulit ke dahi
Xiaolian. Ia dipotong mengikut bentuk hidungdan disokong oleh tulang rawan yang
diambil dirusuk Xiaolian.
0 Response to "Pelik Tapi Benar : Hidung Di Dahi"
Catat Ulasan