LABUAN - Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang anggota polis nekad mengambil tindakan untuk membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri menggunakan pistol di perumahan polis, di Ibu Pejabat Polis Labuan, malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 11.55 malam itu, mangsa, Lans Koperal Mohd Sobri Abd Rahman, 29, mengambil tindakan membunuh diri dan ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka.
Siasatan awal pihak polis mendapati, punca kejadian dipercayai berpunca dari masalah rumah tangga berkaitan cemburu. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.
Ketika kejadian itu berlaku, si isteri berada di dalam bilik dan hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi kuat akibat tembakan.
Difahamkan, jenazah mangsa akan diterbangkan ke rumah keluarganya di Gerik, Perak selepas bedah siasat.
Sumber
0 Response to "Cemburu, Anggota Polis Tembak Kepala Diri Sendiri"
Catat Ulasan