Seorang wanita memuat naik
gambar daging ayam (leher) di group (Facebook) yang mendakwa sebuah pasar raya
di Manjung menjual ayam tebuk.
“Terbeliak sekejap bijik
mata tengok leher ayam. Tak ada kesan sembelih, tetapi ada dua lubang di kiri
dan kanan leher ayam,” katanya.
Pada mulanya, wanita
terbabit enggan mendedahkan nama pasar raya terbabit. Namun, setelah puas
didesak oleh orang ramai, akhirnya beliau terpaksa mendedahkan
juga.
Menurutnya, dia membeli
ayam itu dari pasar raya Rapid.
Bagaimanapun, ramai yang
menyarankan agar beliau melaporkan penemuan itu kepada pihak JAKIM, kerana
bimbang orang ramai keliru dan perkara itu menjadi fitnah.
via - MYMEDIAHUB
0 Response to "Pasar Raya Jual 'Ayam Tebuk' Kepada Pelanggan"
Catat Ulasan