Perkembangan terkini
mengenai kes letupan bom di sebuah rumah di Taman Mesra Ria, Gurun,
Kedah.
Hasil siasatan pihak polis
mendapati, letupan bukan berpunca dari tong gas atau bom tangan. Tetapi letupan
daripada bom mortar yang telah meragut tiga nyawa termasuk anggota tentera dan
anaknya.
Polis kini sedang
menyiasat bagaimana anggota tentera yang berusia 37 tahun itu boleh memiliki
bahan letupan berkenaan di rumahnya.
Siasatan juga memberi
tumpuan pada motif lelaki terbabit yang dipercayai cuba menggergaji objek
berbentuk bom mortar berikutan terdapat beberapa saksi yang ternampak anggota
tentera terbabit berbuat demikian di belakang rumahnya sebelum terjadinya
letupan itu.
Hasil siasatan juga
menemui beberapa serpihan bahan letupan bertanda kegunaan pasukan keselamatan
negara di lokasi kejadian dalam radiuis satu meter, selain menemui sejumlah
besar mercun di belakang rumah anggota tentera terbabit.
via -MYMEDIAHUB
0 Response to "Punca Sebenar Letupan Bom Di Gurun, Kedah"
Catat Ulasan