Kesalahan Denda Tanpa Lesen Memancing Mulai Tahun 2015
Objektif Utama Peraturan Lesen Memancing Mulai Tahun 2015
Perlesenan sukan memancing adalah salah satu usaha untuk membangunkan sumber perikanan dan menaik taraf sukan rekreasi memancing di lautan. Selain mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang, perlesenan memancing ini juga dapat memastikan populasi sesetengah spesis ikan dapat dikawal.
Harga Lesen Memancing Mulai Tahun 2015
Yuran yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan.
Pekeliling Cadangan Lesen Memancing Oleh Jabatan Perikanan Malaysia
Difahamkan, peraturan lesen memancing oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan dijangka akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh negara. Taklimat mengenai peraturan baru pelesenan memancing 2015 juga telah dimaklumkan kepada persatuan pemancing di setiap negeri.
Sumber
0 Response to "Peraturan Baru Lesen Memancing Mulai Tahun 2015"
Catat Ulasan